Berita

Perleceh Melayu & Islam, ingkar titah YPDA, netizen gesa PDRM tangkap Gooi Sai Kaan

Biar pun Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah bertitah agar masyarakat Malaysia tidak membuat komentar tentang perkara berkait 3R namun Gooi Sai Kaan ternyata telah ingkar.

Malah tanpa segan silu sejak 24 Mac 2024, Sai Kaan tegar dan menyeru seluruh masyarakat bukan Islam untuk bersatu dan sama-sama memboikot perniagaan yang dijalankan umat Islam.

Malah Sai Kaan mencadangkan ‘semua agama Arab’ berpindah ke bahagian atas semenanjung agar negara Islam dapat ditubuhkan dan berhenti mengganggu kehidupan sekular masyarakat bukan Islam.

Ekoran kenyataan panas yang jelas mencabar 3R, netizen menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangkap Presiden Pertubuhan Pergerakan Pemulihan Huaxia Sedunia Malaysia ini.

Yang terbaharu, Sai Kaan memandang rendah berberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia terutamanya dari segi pelantikan Perdana Menteri dan hak orang-orang Melayu.

(Visited 482 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button