Berita

Perkahwinan diraja anak sultan akan berlangsung 3 hari

SELEPAS anakanda diraja Sultan Pahang, Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar, kini tiba masanya Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan Oktober ini bersama pasangannya, YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Pasangan ini dijadualkan akan dinikahkan oleh wakil Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, iaitu Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Istiadat perkahwinan itu dijadualkan bakal diadakan selama tiga hari pada 24, 25 dan 27 Oktober di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Dalam hantaran sama, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah telah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal di Taman Duta, Kuala Lumpur pada 6 Oktober.

Sebagai makluman, Majlis Adat Midodareni merupakan salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja. Sebelum berangkat ke Majlis Adat Midodareni, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Siraman pada hari yang sama.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button