Politik
Pejuang pertimbang sertai Kabinet PN jika dipelawa
PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedia mempertimbangkan menyertai Kabinet Perikatan Nasional jika dipelawa.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Pejuang Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam program Ruang Bicara yang disiarkan di Bernama TV malam tadi.
“Kita akan fikir,” kata Dr. Mahathir dalam rancangan yang bertajuk ‘Mencari Malaysia Yang Lebih Baik’.
Menurut bekas perdana menteri itu, beliau tidak berhasrat untuk memegang sebarang jawatan dalam Kabinet.
Sebaliknya, dia hanya mahu mengetui Majlis Pemulihan Negara (MPN).-SM