Nasional

Lebih 50 peratus populasi dewasa lengkap divaksin dua dos

JUMLAH orang dewasa yang lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 kini melebihi separuh daripada populasi tersebut.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 sejumlah 50.2 peratus atau 11.743 juta orang dewasa kini telah disuntik dengan dua dos vaksin.

Sementara 75.3 peratus populasi dewasa atau 17.625 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Labuan mencatatkan jumlah tertinggi populasi lengkap dua dos vaksin iaitu 90.0 peratus diikuti Sarawak (82.5 peratus), Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (73 peratus), Negeri Sembilan (67 peratus) dan Perlis (58.1 peratus).-SM


(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button