Hiburan

Perjanjian tanpa sengaja Song Ji Hyo, Runningman

BAGI peminat setia program Runningman di Korea Selatan, sudah pasti cukup kenal dengan pelakon, Song Ji Hyo.

Memasuki episod yang ke 504, Ji Hyo masih kekal bersama dengan Runningman walaupun terdapat desas desus yang mengatakan dia ingin berhenti sebelum ini.

Ji Hyo dalam satu tembual berkata, rancangan itu adalah sesuatu yang sudah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya.

“10 tahun dalam Runningman bagi saya adalah sesuatu perkara yang tidak pernah terjangka.

“Memang betul saya pernah terfikir untuk keluar daripada Runningman disebabkan kepenatan hingga tidak mampu untuk terlibat dengan aktiviti fizikal dalam program tersebut.

“Tetapi lama kelamaan, saya merasakan wujud satu perjanjian tanpa sedar bersama dengan Runningman dan adalah mustahil untuk ingkar kepada perjanjian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai soal perkahwinan memandangkan usianya yang kini sudah mencecah 40 tahun, Ji Hyo memberitahu masanya untuk bergelar isteri masih belum tiba.

Jelasnya, dia juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Saya nak jaga diri sendiri pun susah, apatah lagi nak menjaga seseorang yang bersama kita,” katanya tertawa.

Tambahnya, dia kini bahagia dengan kehidupannya sekarang dan akan berkahwin sekiranya dia betul-betul jumpa dengan seseorang yang dirasakan sesuai. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button