Nasional

Perikatan Nasional waspada dedalu di pohon rendang…

SEORANG penulis, Stan Moore menukilkan: “Hanya kerana kebenaran tidak kelihatan, tidak bermakna hal itu palsu. Hanya kerana kenyataan tidak dirasai, tidak bermakna perkara itu tidak wujud”.

Itu maknanya persepsi. Apa yang rakyat melihat dan mendengar itulah yang dicakapkan.

Faktor paling besar merentasi pemikiran rakyat adalah persepsi. Persepsi tak semestinya benar dan tak semestinya salah. Tetapi apa yang dipercayai oleh rakyat.

Pada 1969, Pas sanggup memecat seorang ahli parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen.

Penjelasan Hashim bukan sahaja tetap ditolak oleh ulama Pas waktu itu, bahkan bertindak memecatnya meskipun Hashim bertegas: “Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari”.

Itu tahun 60-an. Baru setahun dua yang lepas sahaja banyak hal dilakukan menteri Dr. Maszlee Malik yang kononnya tidak selaras dengan aspirasi dan keutamaan negara bangsa walaupun kerja-kerja beliau dikatakan meraih sokongan ilmuan dan ahli akademik.

Tindak tanduk Maszlee ditempelak oleh pengkritiknya sehingga sektor pendidikan `semacam bermasalah’ di bawah terajunya.

Justeru ada percaya pengunduran Maszlee sebagai menteri merupakan arus perubahan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pentadbirannya, selaras dengan pengumumannya mengenai rombakan Kabinet.

Dan suatu ketika yang terlekat benar dalam benak fikiran lebih 1,000 tenaga kerja sebuah akhbar pejuang nasib orang Melayu adalah apabila kementerian diterajui Maszlee secara tiba-tiba menghentikan langganan akhbar berkenaan melibatkan seluruh agensi dan jabatan kendaliannya.

Memang tindakan itu sukar diterima ketika syarikat akhbar berkenaan di ambang krisis kos operasi, meraih iklan dan penutupan.

Suara kritikan seingat SUARA MERDEKA kurang kedengaran daripada staf-staf akhbar berkenaan tetapi yang ramainya dari kalangan pejuang Melayu dan netizen.

Antara luahan netizen yang sempat dikutip portal ini yang dianggotai beberapa kerat bekas wartawan akhbar berkenaan adalah:

1. Hahahha..hari tu bagi komen bang** pasal kasut hitam..kali ni pasal pemberhentian newspaper pula..ingat semua org ble capai internet…ini adalah satu kaedah utk sekat org Melayu melihat semua isu Melayu..ini arahan D* ke mazlee? Cakap la mazlee hang tu diperkudakan oleh D**.

2. Bang*** betul menteri ni murid ada online ke – 100% malaysia dah cover internet ke.

3. Ini lawak…budak sekolah luar bandar mana ada online??? apa ingat 240 ribu pelajar 140,000 adalah luar bandar tiada internet.”

Kepada mereka yang `makan cili terasa pedasnya’ duduk di kerusi mencabar dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) beringatlah agar tidak menjadi seperti dedalu.

Dedalu tidak tumbuh di tanah. Dedalu hidup di pangkal dahan pokok-pokok rendang dan sentiasa duduk di atas.

Malangnya, pohon rendang itu selalunya akan mati kerana dedalu yang menumpang hidup itu. Dalam bahasa saintifik, dedalu ini adalah parasite.

Adakah dedalu-dedalu ini akan membesar dan merimbun di pokok rendang?

Pokok dedalu…ia menumpang
Menjadi parasit…ia jembalang
Dahan akan mati…ia perlu ditebang
Kalau terjumpa …ia perlu dibuang.
Pokok dedalu…jika dah dibuang,
Jangan ditanam semula…ia musuh utama malam dan siang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button