Politik

Perikatan Nasional pilih Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Melaka

Calon Bersatu Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai calon Ketua Menteri sekiranya Perikatan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Pada PRN Sabtu ini, Mas Ermieyati berhadapan pertandingan tiga penjuru dan ditentang oleh calon Barisan Nasional Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan Zainal Hassan.

Beliau juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button