fbpx
Rencah Hidup

Pereka Belanda mahu melihat Melayu berpakaian cantik semula

SEORANG pereka berketurunan Belanda, Lisette Scheers mahu melihat orang Melayu berpakaian dengan cantik semula.

Beliau yang merupakan pengasas Nala Design yang mempunyai butik di Malaysia dalam temuramah dengan majalah antarabangsa, South China Morning Post, memberitahu, dia mengimpikan agar baju kurung menjadi trend semula.

“Impian saya adalah untuk melihat baju kurung kembali, untuk melihat orang Melayu berpakaian cantik lagi.

“Saya mahu orang di sini merasa bangga dengan warisan mereka. Negara ini penuh dengan kain dan warna yang indah. Saya sedang berjihad (crusade) untuk memastikan perkara itu tidak hilang,” katanya dalam temuramah tersebut.

Pendapat Lisette Scheers mengenai baju kurung bagaimanapun tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia.


“Tentunya kita tidak memerlukan ekspatriat yang mungkin hanya berkawan dengan ekspatriat ketika di Malaysia untuk memberitahu apa yang perlu kita pakai. Impiannya adalah untuk melihat baju kurung kembali menjadi trend? Kami memakai baju kurung ke sekolah. Impian pelik,” kritik Aysha Ridzuan.

“Maafkan saya – seorang wanita kulit putih Belanda (Belanda menjajah Malaysia selama lebih dari 100 tahun OMG) secara harfiah mendirikan sebuah kedai untuk menjual pakaian kepada wanita Melayu untuk membantu orang Malaysia berpakaian “cantik lagi” kerana dia merasa kita tidak menghormati pakaian kita sendiri warisan dan budaya; saya menjerit!” sindir Vanessa Chan.

“Terdapat begitu banyak pereka Melayu terkenal yang menghasilkan baju kurung, masyarakat umum masih memakai baju kurung sama ada dalam keadaan formal atau tidak rasmi, semua orang menyukai pakaian itu . Namun minah saleh ini anggap dia mahu berjihad untuk baju kurung,” komen Joondilina.

“Wanita berkulit putih dengan kenyataan baju kurung masuk akal jika anda berada dalam keadaan koma sejak dua dekad yang lalu. Masalah dengan pernyataannya adalah bahawa dia menghina semua pereka Malaysia yang sudah membuat baju kurung berkualiti tinggi dan semua orang Melayu kerana “tidak berpakaian cantik,” kata Kapten Kahan.

“Baju kurung tidak pernah ditinggalkan. Selalu ada di sini dan orang Melayu selalu berpakaian cantik? Harga (Nala Design) adalah gila sehingga tidak dapat diakses oleh semua orang jika tujuannya adalah untuk tidak menjadikan warisan itu hilang,” kata Att Yusof di Twitter.

“Ini adalah salah satu artikel yang paling teruk, pandangan seseorang mengenai budaya Malaysia yang pernah saya baca. Yang paling teruk ialah Lisette ini mengatakan bahawa orang Melayu Malaysia perlu “mengembalikan baju kurung” ?! Girl bila kita berhenti memakai baju kurung?” sanggah Sarah Ahmad.

“Orang Melayu tidak pernah berhenti berpakaian cantik. Baju kurung tidak pernah berhenti menjadi pakaian. Apahal dia ni,” kata Lis.-SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button