DALAM beberapa tahun ini, Kerajaan British bertukar Perdana Menteri beberapa kali, dari Theresa May kepada Boris Johnson.
Dan terkini, sekali lagi Kerajaan British akan mendapat Perdana Menteri yang baru iaitu samada Bekas Menteri Luar British, Liz Truss atau Bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak.
2. Hanya tinggal 2 Calon sahaja drp. 11 Calon PM yang terawal.
Setelah beberapa kali pengundian dijalankan dengan undian dibuat oleh Ahli-Ahli Parlimen Conservative, 9 Calon yang mendapat undi terendah, digugurkan dari senarai.
3. Kini, 2 Calon ini akan dipilih oleh Ahli-Ahli Parti Conservative didalam satu pertandingan pemilihan Ketua (Leader) of Conservative Party.
Ahli-Ahli mereka yang berjumlah 200,000 orang akan memilih Ketua yang baru, dengan pemenangnya akan dilantik sebagai Perdana Menteri British yang baru mengantikan Boris Johnson.
4. Agak menarik melihat sekiranya Sunak menang beliau akan menjadi Rakyat British pertama beragama dan keturunan Hindu menjadi Perdana Menteri British yang baru.
Pada pemilihan terakhir oleh MP-MP parti Conservative, Sunak berjaya mendapat 137 undi drp. 357 undi keseluruhan.
Truss mendapat 113 undi, manakala Mordaunt (Bekas Menteri Perdagangan British) mendapat 105 undi.
Maka Mordaunt tersingkir.
5. Untuk pemilihan peringkat terakhir nanti, dari pungutan suara ataupun Mori Poll, Truss bekas Menteri Luar Negeri mempunyai harapan cerah untuk mengalahkan Sunak.
Bagaimanapun, perkara ini mungkin berubah dalam 2 minggu ini apabila kedua-dua Calon akan mula berkempen di seluruh negara.
*PERBANDINGAN ANTARA NEGARA UNITED KINGDOM DAN MALAYSIA.*
6. United Kingdom telah mengamalkan demokrasi lebih drp. 1,000 tahun.
Pemilihan dalam Parti ataupun Pemilihan dalam Pilihanraya Umum, memberi pilihan kpd. Rakyat untuk memilih seorang Pemimpin Parti Politik dan Ketua Negara yang jujur, berwibawa dan berintegriti.
Tiada sebarang masalah pepecahan dalam parti dan sebagainya.
7. Di Malaysia, agak berbeza, UMNO buat pada masa ini kelihatan takut mahu mengadakan Pemilihan Parti.
Seolah-olah satu pemilihan parti, akan menyebabkan parti berpecah-belah dan berpuak-puak.
Tidak kah ? Pemilihan Parti sekarang akan meremajakan UMNO dan akan memberi peluang kpd. Ahli-Ahli UMNO memilih pemimpin tertinggi mereka.
Ahli-ahli juga akan diberi pilihan samada mahu mengekalkan pemimpin sedia ada ataupun memilih pemimpin yang baru sebagai Presiden UMNO bagi meneruskan Obor Pejuangan Orang-Orang Melayu di Negara tercinta ini.
8. Agak menarik juga melihat statistik penduduk Malaysia seramai 33 juta orang.
Ahli UMNO adalah seramai 3.5 juta orang. Mereka inilah di peringkat Cawangan dan di 191 Bahagian akan memilih Presiden, Timbalan dan Naib-Naib Presiden UMNO yang baru.
Di United Kingdom, jumlah penduduk jauh lebih ramai iaitu 68.6 juta orang.
Dengan jumlah penduduk 68.6 juta orang, Ahli Parti Conservative (parti pemerintah) hanyalah seramai 200,000 orang. Jumlah yang lebih kecil dari Parti UMNO.
9. PM UK yang baru akan berhadapan dengan situasi paling buruk dalam sejarah Britain iaitu PM UK akan berhadapan dengan inflasi yang meningkat kepada 11%, pertumbuhan ekonomi Britain mendatar tidak berkembang, _industrial action_ semakin banyak dan nilai matawang Britain Pound Sterling berbanding dengan US Dollar berada pada paras hampir-hampir paling rendah dalam sejarah Britain.
10. Pengkritik PM DS Ismail Sabri sering menyatakan bahawa Ekonomi Negara berada di keadaan yang paling buruk dan nilai ringgit susut berbanding dengan US Dollar.
Bukankah Britain juga sedang berhadapan dengan situasi ekonomi paling buruk dan nilai mata wangnya juga jatuh berbanding dengan US Dollar.
Tetapi di Malaysia, inflasi masih terkawal pada kadar 2.8% peratus, jauh lebih rendah dari Britain 11% peratus.
11. Dasar-dasar Ekonomi Negara yang mampan dan subsidi yang bersasar, menjadikan Negara Malaysia tidak mengalami situasi inflasi yang buruk dan keadaan masih terkawal.
12. Sekiranya ada pengkritik terutamanya DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang mengatakan Kerajaan PM DS Ismail Sabri Gagal ….
Sila bandingkan dengan United Kingdom ataupun mana-mana negara di Eropah.
Di Negara Italy sahaja, kini berhadapan dengan Krisis Politik dengan perletakkan jawatan Perdana Menteri Italy.
13. Britain akan berhadapan dengan Pilihanraya Umum paling lewat pada hari Selasa 17 Disember 2024, dimana Parlimen Britain akan bubar secara automatik.
Pilihanraya Umum perlu diadakan dalam tempuh 25 hari selepas pembubaran.
14. Di Malaysia, Parlimen ataupun Dewan Rakyat akan bubar secara automatik pada bulan Julai 2023 dan PRU ke 15 perlu diadakan dalam 60 hari selepas pembubaran. – SM