Travel

Pelancong Thai disaran teroka dan bermalam di Perlis

“Bermalamlah di Perlis” bagi melengkapkan keseronokan meneroka pelbagai destinasi pelancongan menarik sambil menikmati makanan laut yang enak di sini.

Slogan ini dibawakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Asmaiza Ahmad sebagai usaha untuk menarik pelancong dari Thailand.

Ini berikutan dengan pelancaran semula tren ulang-alik antara Hatyai dan Padang Besar dibuka semula 15 Julai lalu.

Dua gadis dari Narathimat menunjukkan isyarat bagus ketika menerima risalah pelancongan Perlis yang diedarkan dalam rombongan kerajaan negeri Perlis di stesen kereta api Hatyai.

Sekaligus Perlis berharap, dengan purata 200 pelancong dari Thai masuk melalui Padang Besar akan membawa manfaat kepada perkembangan ekonomi negeri ini.

Asmaiza bersama dengan pasukan kerajaan negeri dan media turut menggunakan perkhidmatan tren yang dihentikan sejak dua tahun lalu akibat Covid-19 bagi tujuan mempromosi pelancongan di Perlis.


Dengan pengedaran risalah serta ucapan “sila datang dan bermalam di Perlis” di sekitar stesen keretapi State Railway Of Thailand (SRT) di Hatyai diharap tidak sia-sia.

Asmaiza sendiri masuk ke dalam kereta api untuk mengedar risalah kepada para penumpang.

Beliau juga mengedarkannya kepada penumpang yang sedang menunggu kereta api menuju ke destinasi masing-masing.

“Kerajaan negeri sudah membuka jalan, selebihnya pemain industri kena aktif menyediakan keperluan pelancong,” katanya pada sidang media.

Tepat seperti kata Asmaiza, banyak tempat pelancongan telah dibangunkan oleh kerajaan negeri.

“Antara tarikan pelancongan seperti View Point Wang Kelian, Taman Buah-Buahan Eksotik dan Taman Ular dan Reptilia di Sungai Batu Pahat, Muzium Kota Kayang dan juga Galeri DiRaja Arau dan banyak lagi,” katanya.

Bagi yang mencintai alam semulajadi boleh menyusuri sepanjang Pantai Kuala Perlis, mendaki Bukit Keteri, Bukit Chabang dan juga Wang Gunung di Banjaran Nakawan yang merupakan sempadan Perlis dan Thailand.

“Makanan laut di Kuala Perlis sudah pasti menjanjikan ikan bakar yang enak dengan resipi tradisional,” katanya.

Beliau berkata, bagi peminat makanan ala Barat dan makanan tradisional Perlis juga boleh melayan selera ini sama ada di kawasab bandar mahupun ceruk desa.

Jelasnya, dengan saiz Perlis yang kecil ini sekaligus membolehkan pelancong boleh menerokanya dalam sehari.

“Eloklah bermalam supaya segala keletihan itu dapat disegarkan semula dengan menikmati pelbagai makanan di sebelah malam,” katanya.

Asmaiza mengedarkan risalah di dalam kereta api yang berhenti di stesen Hatyai.

Asmaiza berkatq, pemain indusrei perlu isikan apa kehendak pelancong terutamanya tempat bermalam yang menarik seperti homestay.

“Sediakan kemudahan pergerakan untuk pelancong untuk melawat ke destinasi pelancongan dari homestay,”katanya.

Katanya, pemain industri kena memainkan peranan sendiri dan tidak boleh berharapkan kepada kerajaan yang hanya boleh membantu dari segi promosi dan kemudahan infrastruktur.

Katanya, gunakan keistimewaan yang ada supaya pelancong akan merasa akan rugi pada masa akan datang kalau tak singgah dan bermalam di Perlis. – SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button