Sukan

Perasaan bercampur-baur tonton The Next Supermokh – Azraai

ALOR STAR, 1 JUN 2024 – Majlis Pra-Tonton Program Realiti Bola Sepak `The Next Supermokh’ di House Of Sang Kenari, Alor Star hari ini berlangsung dalam keadaan penuh keterujaan dan sedih apabila melihat watak utama dalam program ini, ketua jurulatih Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah.

Majlis Pra-Tonton episod pertama program The Next Supermokh ini juga sebagai mengenang penghargaanAllahyarham Mohd Azraai dalam program ini. Majlis disertaioleh pasukan pengurusan dan jurulatih program ini, balu dan keluarga serta sahabat rapat Allahyarham serta peminat bola sepak negeri Kedah.

The Next Supermokh adalah program Realiti Bola SepakPertama di RTM. Program 60 minit untuk 13 Episod ini akandisiarkan di RTM bermula 1 June 2024 (pada setiap Sabtu jam 4 petang dan ulangan Khamis jam 9.00 malam).

Program realiti ini yang berakhir pada March 2023 di Thailand diketuai oleh jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah dan ini adalah sentuhan terakhir yang amat berharga daripadaAllahyarham dalam sumbangannya mencungkil bakat ubi muda bola sepak di seluruh negara.

Majlis hari ini dimulakan dengan tahlil kepada Allahyarhamyang meninggal dunia pada awal Februari lalu.

Ia kemudian disusuli dengan tayangan program The Next Supermokh yang bersiaran untuk episod pertama di RTM.

Ketika wajah dan kelibat Allahyarham muncul di layar, semuahadirin kelihatan sedih. Keluarga Allahyarham dan beberaparakan rapatnya juga kelihatan menitiskan air mata. PengarahTeknikal Kedah Darul Aman FC, Nelson San Martin yang begitu rapat dengan Allahyarham Azraai ketika bersamadalam pasukan yang menjuarai `Double Treble’ 2007 & 2008 juga bersama dalam majlis ini bersama keluarganya dan kelihatan hiba apabila melihat paparan Allahyarham Azrai.

Turut hadir dalam program ini ialah kesemua barisan jurulatihyang terlibat dalam program pencarian bakat ini yang berlangsung pada awal tahun lalu. Mereka ialah jurulatihpenjaga gol, Ahmad Sobri Ismail, penolong jurulatih, Raja Shaharul Amri Raja Adzhar, Pengarah Teknikal, Haji Mohd Fuad Abdullah dan Pengarah Program, Dato’ Jasni Shafie.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button