Berita

Perak benarkan pertambahan jemaah di masjid, surau

NEGERI Perak membenarkan pertambahan jemaah pada solat Jumaat dan fardu mengikut keluasan sebenar ruang utama dewan dengan jarak satu meter bagi setiap indvidu bermula 19 Jun ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak selepas mendapat perkenan Sulat Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Titah perkenan itu dizahirkan selepas baginda menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Perak dan merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bilangan jemaah dibenar mendirikan solat Jumaat adalah berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jarak satu meter antara ahli jemaah.

“Kehadiran menunaikan solat Jumaat pada masa ini hanya dibenarkan kepada warga Malaysia, dan identiti jemaah datang bersolat hendaklah disemak serta direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Articles

Menurut Shahrul Azam, pertambahan jemaah itu juga diberikan bagi solat fardu.

Jelasnya, masjid dan surau juga diminta untuk membuat laluan asing bagi pintu masuk dan keluar.

“Ahli jawatankuasa kariah atau pegawai masjid hendaklah memberi peringatan dan penerangan ringkas kepada jemaah untuk mematuhi garis panduan sebelum solat Jumaat dan sembahyang berjemaah pada setiap solat fardu dimulakan.

“Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan satu garis panduan dan kaedah terkini penambahan bilangan jemaah untuk pelaksanaan solat Jumaat dan solat berjemaah pada setiap solat fardu,” jelasnya.

Tambahnya, garis panduan itu akan diberikan kepada semua pengerusi jawatankuasa kariah masjid serta surau di negeri ini dan selanjutnya menyelia serta memastikan garis panduan berkenaan dipatuhi. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button