Politik

Penyokong kerajaan luah perasaan adik dibuang kerja

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong kerajaan Pakatan Harapan meluahkan perasaan secara terbuka berkaitan pembuangan kerja adiknya yang telah bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Penerangan Perak selama 15 tahun.

Herman Haassan  dalam luahan yang dipaparkan secara umum di Facebooknya hari ini mendakwa, kerajaan yang didokong dan diperjungkannya selama ini tiba-tiba menjadi seolah-olah tidak berhati perut.

Berikut cerita Herman yang mendapat lebih 2,000 reaksi dan hampir 2,000 perkongsian oleh warganet selepas tujuh jam dikongsi di Facebooknya: 

Pembuangan kerja penjawat awam

Tuan-tuan dan puan-puan.

Related Articles

Beberapa hari lagi iaitu sehinggga habis tahun 2019 adik saya yang telah bekerja dengan kerajaan selama hampir 15tahun akan menamatkan kerjayanya sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Penerangan Perak.

Dia telah berkhidmat sejak habis sekolah dan hampir 15tahun mengabdikan dirinya sebagai penjawat awam.

Saya tidak pasti dimana silapnya kerajaan ini. Sebuah kerajaan yang saya sendiri dokong dan perjuangkan, tiba-tiba menjadi seolah-olah tidak berhati perut.

Pembubaran Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) oleh kerajaan Pakatan Harapan telah menyebabkan nasib adik saya juga tidak menentu.

Dia telah dipindahkan ke Jabatan Penerangan Perak dan hanya selamat setahun 7 bulan saja, khidmatnya dan 77 orang lagi rakan-rakannya diseluruh negara tidak disambung. 15 orang kakitangan Jabatan Penerangan (JAPEN) dan 63 orang RTM. Di Perak, mereka hanya 4 orang saja.

Saya tidak mahu meraih simpati berlebihan tetapi apabila 78 orang hilang sumber pendapatan bermakna 78 keluargalah akan terkesan. Rata-rata mereka ini berusia 30an dan masih muda.

Saya telah berusaha membantu. Langkah permulaan ialah dengan mengadu kepada seorang pegawai antara yang paling YAB PM percaya dan rapat yang saya kenal juga, malangnya WhatApps saya hanya dibaca tetapi tidak dibalas.

Saya cuba pula menelefon seorang lagi pegawai YAB PM, rakan yang sama-sama berjuang, dengan tujuan hendak berjumpa ; dia hanya cakap “small matter saja bro, awak pergi jumpa Datuk ……”

Saya pun buat seperti disuruh itu lalu WhatApps kepada pegawai seorang menteri kanan, yang agak bepengaruh, juga saya sangat kenal dan katanya ; “ok aku check dulu…..” Senyap.

Ketika kempen pilihanraya kecil Tanjung Piai, saya terjumpa dengan Timbalan Menteri *******, YB ******* dan saya bercakap dengannya berkenaan hal ini.

Beliau kata ; “Tak pernah saya dengar kita nak buang-buang orang ni, dalam meeting pun tak pernah bincang pasal itu”… Saya lega dan beliau telah arahkan saya supaya berjumpa dengan pegawainya di Kuala Lumpur.

Selang beberapa minggu, saya telah berjumpa dengan seorang pegawai kanan kepada YB Timbalan Menteri ****** di Angkasapuri. Bercerita panjang, surat pun telah saya serahkan, beliau berjanji akan memeriksa dengan pegawai berkaitan.

Dua minggu selepas itu, beliau memberitahu yang penamatan kontrak tidak dapat dielakkan dan pejabat Timbalan Menteri ‘tiada kuasa’ dan beliau memohon maaf.

Saya tetap berusaha. Dalam pada itu, saya cuba menghubungi dan berjumpa dengan salah seorang Supol kepada YAB PM dan menceritakan masalah ini. Beliau berkata akan “check” dan akan cuba menghubungi Ketua Setiausaha Negara.

Akhirnya, surat penamatan kontrak telah diberi kepada adik saya dan rakan-rakannya.

Saya tidak faham dan kecewa. Tun Dr. Mahathir dulu pernah berjanji tidak akan membuang kakitangan awam kontrak ini kerana gaji mereka rendah. Saya sendiri melihat dan mendengarnya dikaca TV.

Tun ketika menjawab pertanyaan press di YKP pada 16 Mei 2018 telah berkata, “Ada antara mereka ini bergaji rendah dan ini menyusahkan mereka jika tiba-tiba mereka diberhentikan dan ditamatkan kerja sekali gus tiada bayaran gaji.

“Kita tidak perlu (menamatkan kerja mereka) dan oleh itu, kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayaan mereka. Proses itu akan mengambil masa dan memerlukan penyelesaian keputusan segera,”

https://www.hmetro.com.my/…/3…/sinar-buat-kakitangan-kontrak

Dan Tun mengulanginya lagi ketika press conference selepas meeting cabinet pada 23 Mei 2018.

https://www.facebook.com/astroawani/videos/10155401670705965/

Adakah semua ini ada kena mengena dengan DAP ? Menteri Penerangan ialah DAP dan menteri yang bertanggungjawab meluluskan “geran” ataupun duit juga dari DAP. Manakala kesemua bernasib malang itu pula ialah orang Melayu.

Adakah saya menuduh ? Sudah tentu tidak! Saya berharap YB Lim Guan Eng dan YB Tony Pua supaya meneliti balik perkara besar ini.

Jika semalam YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata akan cuba memperjuangkan nasib kakitangan awam yang telah dipotong elaun, saya berharap dan memohon YB Syed Saddiq juga bantu mereka berjawatan rendah ini yang telah dibuang kerja dan telah putus sumber pendapatan dimana bajet untuk gaji mereka tidak sampai pun RM3juta setahun.

Herman Haassan
25 Disember 2019

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button