Nasional

Elaun parking menteri lebih tinggi daripada gaji doktor

KETIKA kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) untuk 33 skim perkhidmatan bermula 1 Januari 2020, rajyat pula mempertikaikan elaun parking menteri yang lebih besar dari gaji doktor.

Seorang menteri menikmati elaun parking RM5,700 sebulan walaupun realitinya mereka sentiasa dapat parking percuma.

Sedangkan gaji permulaan seorang doktor gred UD41 yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa hanya RM2,947. Kira-kira separuh dari elaun parking menteri.

Gaji permulaan doktor gred UD43 ialah RM3,611 dan untuk UD47 RM5,211.

Gaji permulaan doktor untuk gred UD51 baharulah lebih sikit dari elaun parking menteri iaitu RM5,860

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pemansuhan elaun kritikal melibatkan perkhidmatan berikut:

1. Pegawai Kawalan Trafik Udara

2. Pembantu Perubatan

3. Pembantu Teknik Kapal Terbang

4. Penerbit Rancangan

5. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

6. Arkitek

7. Arkitek Laut

8. Jururawat

9. Jurutera

10. Jurutera Laut

11. Juruterbang/ Pemeriksaan Juruterbang

12. Juruukur Bahan

13. Malim

14. Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA)

15. Pegawai Farmasi

16. Pegawai Laut

17. Pegawai Penyelidikan

18. Pegawai Pergigian

19. Pegawai Perikanan (kejuruteraan)

20. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(kejuruteraan)

21. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Kejuruteraan)

22. Pegawai Pertanian (kejuruteraan)

23. Pegawai Pertanian (Kejuruteraan)

24. Pegawai Perubatan

25. Pegawai Undang-undang

26. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional

27. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional

28. Pemeriksa Kapal Terbang

29. Pemeriksa Kilang Dan Jentera

30. Pengajar (kejururawatan)

31. Penjaga Jentera Elektrik

32. Penolong Jurutera Laut

33. Penolong Pegawai Laut

34. Penolong Pemeriksaan Kilang Dan Jentera

35. Pensyarah Perubatan

36. Pensyarah Pergigian

37. Pensyarah UiTM (kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi).

38. Pensyarah Universiti (kejuruteraan, perundangan  kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi. -SM

(Visited 1,425 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button