Hiburanpilihan

Penyanyi veteran Jay Jay terlantar terima sumbangan dari PM

PENYANYI veteran Jay Jay yang juga penyanyi kumpulan Carefree yang popular dengan lagu Rindu Bayangan kini terlantar akibat penyakit berkaitan jantung.

Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus telah menerima kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrhaim.

“Jay Jay yang popular dengan lagu “Rindu Bayangan” telah dikunjungi Setiausaha Politik saya saudara Farhan Fauzi.

“Jay Jay dilaporkan dirundung sakit kronik melibatkan jantung dan kini sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saudara Farhan meluangkan masa mendapat makluman terkini terkait keadaan kesihatan beliau selain turut menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak saya. Mendoakan saudara Jay Jay lekas diberi afiyah lantas dikurniakan kekuatan dan kecekalan, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di platform X. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button