fbpx
Nasional

Penuntut IPTA antara ditahan terlibat edar dadah

EMPAT lelaki termasuk seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah jenis ganja dalam dua serbuan di Balakong, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek pertama berusia lingkungan 24 tahun ditahan kira-kira pukul 2.25 petang semalam di kawasan meletak kenderaan Menara Simfoni, Balakong, Selangor.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menemukan satu ketulan mampat berisi bahan disyaki dadah jenis ganja seberat 256.5 gram.

“Siasatan lanjut telah membawa kepada serbuan kedua kira-kir apukul 2.45 petang tiga lagi lelaki berusia lingkungan 24 tahun di sebuah rumah di kawasan sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, pemeriksaan di rumah tersebut telah menemukan enam ketulan mampat, 18 paket dan 14 botol cecair berisi bahan disyaki dadah jenis dadah seberat 2.36 kilogram.


Jelasnya, turut ditemukan ialah beberapa perlatan yang digunakan untuk membungkus dadah.

“Dua daripada suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah jenis ganja,” ujarnya.

Mohd. Zaid berkata, siasatan mendapati sindiket ini aktif dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Lembah Klang kira-kira dua bulan yang lalu.

Katanya lagi, jumlah rampasan dadah dianggarkan bernilai RM6,541 dan kesemua dadah yang dirampas dipercayai boleh dibekalkan kepada 872 penagih dadah.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button