Politik

Penulis terkenal akhbar pun suka bahan sensasi

Pandainya kata pertemuan PM-PN batal

BAHANG Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin terasa. Desas desus PRU15 semakin hampir jelas kedengaran di Putrajaya dan di Kuala Lumpur.

Golongan yang mahukan pilihan raya disegerakan kerana sebab-sebab tertentu semakin memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PM pula kelihatan begitu tenang berhadapan dengan tekanan-tekanan ini.

DUN Chini
HAMZAH ZAINUDDIN

Terkini, khabarkan Delegasi dari Parti Perikatan Nasional (PN) juga telah mengadakan pertemuan dengan PM semalam jam 1.00 pm.

Diketuai oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin membincangkan isu mengenai perlantikkan seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari PBBM (BERSATU).

Yang menjadi persoalan, penulis Rencana dari Akhbar The STAR, Joceline Tan hari ini telah mengeluarkan rencana kononnya pertemuan tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir dan ini menjadi kemarahan kepada pemimpin Perikatan Nasional sehinggakan kemungkinan PN akan tarik sokongan dari Kerajaan Keluarga Malaysia.

Begitulah pemainan politik masa kini.

Penulis yang terkenal seperti Joceline Tan pun suka menulis berita-berita sensasi yang tidak tepat serta tidak benar tanpa mendapatkan pengesahan dari Pejabat Perdana Menteri.

Source atau pun sumber Joceline ialah Wan Saiful, Ketua Penerangan PBBM.

Tulisan Joceline juga menyatakan bahawa Wan Saiful dipecat dari jawatan beliau sebagai Pengerusi PTPTN.

Pada hal cerita sebenarnya, kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN selama dua tahun telah tamat dan tidak diperbaharui.

Maklumlah, perlantikan Wan Saiful dilakukan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kini, dengan PM yang baharu, perlantikan yang baru dilakukan untuk memberi orang lain menerajui PTPTN, untuk memberi nafas dan idea-idea baru.

TIADA PARTI AKAN DAPAT MAJORITI SECARA BERSEORANGAN

Penganalisa-penganalisa politik tidak menolak kemungkinan tiada parti akan berjaya mendapat majoriti untuk menubuhkan satu Kerajaan Baru selepas PRU15 sekiranya bertembungan 3 penjuru berlaku di antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PN.

Penganalisa politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, walaupun BN mempunyai kelebihan sekarang namun masalah dalaman UMNO yang tidak berkesudahan dan pepecahan undi Melayu boleh memberi kesan terhadap keputusan pengundian.

PARTI PEMBANGKANG SEBAGAI ALTERNATIF

Pada masa yang sama, Pakatan Harapan (PH) kelihatan semakin agresif mendekati pengundi selain daripada mempunyai jentera pilihan raya serta pengikut yang ramai.

Dengan keadaan UMNO yang berpecah-belah dan pemimpin-pemimpin UMNO sering menyerang Perdana Menteri Ismail Sabri.

Sebagai contoh, Lokman Adam yang setiap malam mengeluarkan video selama sejam mengkritik dan menggunakan pelbagai naratif memburuk-burukan Kerajaan Keluarga Malaysia. Tidak membantu UMNO sebaliknya memperlihatkan keburukkan parti UMNO di mata rakyat.

Lebih parah lagi, apabila naratif yang dibawa oleh Lokman Adam adalah tidak betul, half-truth dan salah dan bertujuan untuk menyelamatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didalam kes SRC International.

prosiding
Lokman Noor Adam

LOKMAN ADAM SERANG PM ISMAIL SABRI

Lokman menjadikan PM Ismail Sabri sebagai Kambing Hitam. Seolah-olah Najib tidak bersalah dan Ismail Sabri tidak mahu membantu bekas PM dari parti UMNO itu.

Realitinya, PM Ismail Sabri tidak mahu mencampuri urusan Judiciary (Kehakiman) didalam kes-kes jenayah ini.

PM Ismail Sabri jelas kelihatan mengambil pendirian bahawa sekiranya Najib Razak rasa dirinya tidak bersalah maka…

“Mahkamah adalah tempat terbaik untuk Najib membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan terhadap dirinya adalah tidak benar dan dia tidak bersalah.”

Kerajaan akan berlaku adil dan memberi ruang seluas-luasnya untuk Najib Razak untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button