Mahkamah

Pengurus syarikat didakwa miliki 22 senjata paintball menyerupai senjata tiruan

MAHKAMAH Majistret Melaka hari ini membenarkan ikat jamin ke atas seorang pengurus syarikat paintball yang mengaku tidak atas pertuduhan memiliki 22 laras senjata paintball yang menyerupai senjata tiruan, September lepas.

Tertuduh, Idilhan Ibrahim, 49, didakwa memiliki barangan tersebut di Pusat Ekuestrian Hang Jebat, Jalan Ekuestrian, Kompleks Sukan Hang Jebat pada 12 September lalu.

Bapa kepada tiga anak itu dituduh mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Namun peguam Mawar Nur Izatti Md Zamri yang mewakili Idilhan memohon jaminan tersebut dikurangkan atas alasan anak guamnya kini hilang pekerjaan dan perlu menanggung keluarga termasuk ibunya yang uzur.

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim membenarkan Idilhan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen. – BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button