NasionalNegeriPolitik

Pengumuman Perdana Menteri Satu Sejarah, Suatu Reform Yang Amat Diperlukan

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mendoakan tawaran pembaharuan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini akan menjadi kenyataan kelak.

Sehubungan itu, mantan Ketua Pergerakan Wanita UMNO merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berharap ahli-ahli Parlimen akan memberi keutamaan kepada rakyat apabila membuat keputusan kelak.

Sambil menyifatkan satu pengumuman yang bersejarah oleh Perdana Menteri, Shahrizat berkata, ia suatu reform atau pembaharuan yang amat diperlukan.

“Sudah tiba masanya kita kemukakan di Parlimen bahawa terma Perdana Menteri Malaysia dihadkan selama dua penggal, bahawa anak muda kita seharusnya mendapat hak asasi mereka untuk mengundi, dan peruntukan tahunan yang sama rata diberikan kepada setiap ahli parlimen tanpa mengira parti politik demi kesejahteraan rakyat.

“Suatu reform yang amat di perlukan. Saya doa cadangan pembaharuan yang disebutkan akan menjadi kenyataan. Saya harap ahli parlimen akan memberi keutamaan kepada rakyat apabila membuat keputusan kelak,” katanya menerusi Instagram beliau.


Kredit : UtusanTV

(Visited 122 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button