Nasional

Pengerusi Finas positif Covid-19

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan pada 3 Mei 2021.

Finas dalam kenyataannya berkata, Zakaria akan menjalani tempoh kuarantin berdasarkan saranan dan pemantauan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sepanjang tempoh rawatan beliau, segala urusan dan pengoperasian FINAS akan terus berjalan seperti biasa.

“Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini,” katanya.

Tambahnya, sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Unit Komunikasi Korporat FINAS di talian 03-7968 2182 atau e-mel di [email protected]. -SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button