NasionalNegeri

Pengendali makanan diberi penguatkuasaan pendidikan dua minggu pertama Ramadan

KESEMUA pengendali makanan di Bazar Ramadan di seluruh Perlis diberikan dahulu penguatkuasaan pendidikan di sepanjang dua minggu pertama pada bulan Ramadan ini.

Penguatkuasaan sepenuhnya mengikut undang-undang akan dilaksanakan sebaik tempoh yang diberikan ini berakhir.

“Mana-mana pengendali makanan tidak mematuhi Jadual Keempat, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan,” kata Exco Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Walkabout Sempena Promosi Makanan Selamat dan Sihat di Bazar Ramadan Taman Sena anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Datin Marzita Mansor, Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ismuni Bohari dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Norazlan Yahaya.

Pada majlis berkenaan juga diagihkan bubur lambuk kepada pengunjung.

Megat Hashirat berkata, sebanyak 315 premis telah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan pada minggu pertama dan kedua bulan Ramadan.

“90 peratus daripada keseluruhan premis yang diperiksa ini mendapat markah penilaian kebersihan melebihi 80 peratus,” katanya.

Katanya, sebanyak 579 pengendali makanan juga turut diperiksa.

Beliau menjelas sekalipun sehingga kini belum ada laporan kes keracunan makanan tetapi semua pihak kena berhati-hati.

Katanya, orang ramai perlu menjadi pengguna yang bijak di mana menggunakan kuasa sebagai pembeli di premis yang bersih.

“Jika ragu dengan tahap kebersihan segera lapor menerusi kod QR yang disediakan di setiap Bazar Ramadan,” katanya. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button