Jenayah

Pengawal keselamatan warga Nepal disyaki bunuh rakan senegara ditahan

Suspek dan mangsa di bawah pengaruh alkohol, bertengkar

SEORANG pengawal keselamatan warganegara Nepal ditahan polis kerana disyaki membunuh rakan senegaranya dalam satu pergaduhan di sebuah kondominium di Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Rajab Ahad Ismail, suspek, 30, ditahan pada kira-kira pukul 1 pagi tadi di sebuah pondok kebun sayur berhampiran Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Beliau berkata, dalam kejadian pada pukul  2.40 petang Khamis lalu, polis menerima laporan berhubung pergaduhan yang melibatkan warga asing.

Dan setibanya polis di lokasi kejadian, seorang lelaki warga Nepal berusia 27 tahun ditemukan mati dipercayai diserang dengan senjata tajam, kata Rajab.

Hasil siasatan awal polis, suspek dan mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tinggal di kondominium berkenaan yang dijadikan asrama syarikat kira-kira enam bulan lepas, ujar beliau lagi.

“Sebilah pisau berukuran 12 sentimeter yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu turut ditemui berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rajab berkata, ketika kejadian, mangsa dan suspek dipercayai dalam keadaan mabuk sebelum berlaku pertengkaran mulut sehingga menyebabkan mangsa ditikam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. – SM

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button