Nasional

Pengasas Sugarbook mengaku tidak bersalah

PENGASAS Sugarbook, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyiarkan hantaran sehingga menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam, Februari lalu.

Chan Eu Boon, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Sabreena Bakar@Bahari selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menggunakan sebuah laman web untuk menyiarkan hantaran bertajuk ‘Top 10 Sugarbaby Universiti In Malaysia’.

Atas perbuatan itu, dia didakwa dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam bahawa mana-mana orang akan terdorong untuk melakukan suatu kesalahan yang bertentangan dengan ketenteraman awam.

Eu Boon didakwa melakukan perbuatan itu pada tarikh yang sama hantaran dilihat kira-kira pukul 10 pagi mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawa peruntukan sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button