Luar Negara

Pengasas Biskut coklat terkenal, Famous Amos hembus nafas terakhir di usia 88 tahun

SETIAP kali kita ke pusat membeli belah pasti akan terbau haruman wangi biskut coklat yang sedang dibakar iaitu, Famous Amos. Mengejutkan apabila pengasasnya, Wally Amos menghembuskan nafas terakhir di usia 88 tahun.

Kematian itu disahkan oleh anaknya sendiri, punca kematian disebabkan komplikasi damensia.

‘’Dia adalah wira asli Amerika Kulit Hitam yang sebenar.

“Ini sumber kebanggaan orang kulit hitam,” kata kenyataan itu, yang ditandatangani oleh Sarah, Michael, Gregory dan Shawn Amos.

Amos membuka kedai pada 1975 di Sunset Boulevard di Los Angeles dengan menjual biskut coklat bersaiz kecil yang menjadi fenomena baharu ketika itu.

Produknya yang dihasilkan adalah daripada resipi keluarga dan turut menarik perhatian selebriti serta pemuzik Hollywood.

Beliau yang dilahirkan di Tallahassee, Florida, mengakui dia bukan sekadar terkenal dalam perniagaan malahan dia juga merupakan seorang tokoh dalam budaya pop AS dan terkenal sebagai cameo dalam sitkom ‘The Office’ dan sebelum itu, dia juga muncul di siri ‘The Jeffersons’ dan ‘Taxi’.

Terima kasih cipta resipi berikan kegembiraan kepada orang ramai

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button