Luar Negara

Pengapit pengantin lelaki pencuri duit hantaran

MENGADAKAN majlis kenduri kahwin di rumah, tuan rumah perlu sentiasa berhati-hati terhadap pencuri yang mengambil kesempatan menyamar sebagai tetamu dan masuk ke dalam rumah untuk mencuri.

Maklumlah dalam keadaan sibuk atau kalut, adakalanya tuan rumah terlupa untuk mengunci almari pakaian yang diletakkan barangan kemas ataupun duit hantaran.

Di India, seorang lelaki yang diamanahkan memegang jambangan pengantin lelaki ketika upacara pernikahan sedang berlangsung, mencuri duit daripada jambangan itu.

Menerusi rakaman video, suspek dilihat duduk di sebelah pengantin lelaki yang ketika itu memegang jambangan wang.

Pencuri itu secara bersahaja, menghulurkan tangannya dan menarik beberapa helai wang kertas dengan pantas dan memasukkan duit kertas itu ke dalam poket seluarnya.

Perbuatan pencuri itu tidak disedari oleh pengantin lelaki dan vide tersebut tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

Semestinyalah perbuatan pencuri itu dikecam netizen dan ada yang mencadangkan, video itu perlu diletakkan di skrin layar ketika acara perkahwinan berlangsung sebagai peringatan agar mempelai berhati-hati dengan pengapit yang juga pencuri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button