Nasional

Tunku Idris selar kempen protes tragedi basikal

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim mengecam cubaan mempromosi kebencian dan menimbulkan perkauman terhadap tragedi basikal di negeri itu.

Beliau membantah jemputan protes pagi ini terhadap pemandu yang merempuh sekumpulan kanak-kanak penunggang basikal di lebuh raya pada pukul 3 pagi Jumaat lalu yanh telah mengorbankan lapan orang.

Jemputan tersebut berbunyi: “Bantahan terhadap wanita Cina yang tidak dipenjarakan atau didenda dan dilepaskan oleh polis begitu sahaja”.

Tunku Idris, yang merupakan Tunku Temenggong Johor, berkata: “Mengapakah notis mengarut ini berlaku? Beginikah perangai orang Johor yang beradab? Berhenti menyalahkan.

“Saya harap Bangsa Johor tidak menghadiri perhimpunan ini untuk mempromosi kebencian terhadap seseorang individu. Dan jangan jadikan isu perkauman.”

Tunku Idris berkata pemandu itu mempunyai lebih hak untuk berada di lebuh raya itu daripada kanak-kanak bawah umur yang menunggang basikal tanpa topi keledar dan tidak memakai peralatan perlindungan.

“Saya sendiri mempunyai pengalaman dengan kanak-kanak ini melencong secara berbahaya di hadapan kereta saya sebelum ini,” tambahnya.

Tunku Idris berkata beliau kesal dengan kehilangan keluarga dan berharap mereka mendapat ketenangan dan kekuatan dalam masa sukar ini, tetapi menegaskan bahawa tidak seharusnya ada permainan menyalahkan.

Sementara itu, percubaan untuk meneruskan protes di Dataran Bandaraya Johor pagi tadi berakhir dengan tangkapan.

Menurut mStar, tujuh remaja berbasikal ditahan berhampiran Dataran Bandaraya.

Polis turut merampas basikal mereka yang telah diubah suai.

Laporan itu berkata polis akan memanggil ibu bapa mereka untuk berbual mengenai anak-anak mereka.

Pihak berkuasa telah mula membanteras kumpulan berbasikal dalam kalangan pelajar sekolah berikutan tragedi itu dan menggesa ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka.

Susulan kemalangan itu, ada yang membidik pemandu berusia 22 tahun itu termasuk bekas ahli parlimen Bandar Baru Kulim Zulkifli Nordin.

“Kenyataan polis serta timbalan menteri dalam negeri memberi gambaran seolah-olah kanak-kanak yang bersalah berdasarkan alasan dangkal bertanya mengapa kanak-kanak itu berbasikal beramai-ramai pada pukul 3 pagi.

“Tetapi tiada siapa yang bertanya apakah seorang wanita berusia 22 tahun memandu seorang diri pada pukul 3 pagi?

“Adakah pemandu diberi perlindungan khas? Adakah dia dari keluarga tertentu yang memerlukan perlindungan?

“Saya tidak mendengar sebarang ancaman terhadap wanita Cina itu dan menyebabkan identitinya tidak mungkin didedahkan,” kata Zuklifli.

Menurut Bernama, polis menafikan wanita itu adalah anak kepada hartawan.

Sementara itu, Bernama melaporkan dua daripada lapan remaja yang cedera dalam insiden berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Baru Sabtu lepas masih dirawat di hospital dan dalam pemerhatian doktor.

Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HAS) Dr Aman Rabu berkata seorang daripada mangsa sebelum ini berada di unit rawatan rapi (ICU), tetapi kini telah dipindahkan ke wad biasa.

“Muhd Nazri Mahmudi, 13, yang sebelum ini dirawat di ICU kini ditempatkan di wad biasa manakala Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, masih di ICU.

“Mereka masih perlu dipantau oleh doktor dan marilah kita berdoa agar keadaan mereka bertambah baik dengan segera,” katanya kepada Bernama.

Enam mangsa lain, yang turut menerima rawatan perubatan kerana cedera ringan, telah dibenarkan pulang.

Pada 18 Feb, lapan remaja berbasikal maut, dua lagi parah dan enam lagi cedera ringan apabila sebuah kereta merempuh mereka dalam kejadian 3 pagi itu.

 

 

(Visited 1,051 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button