Nasional

Kalau dilelong: Puad nak beli lukisan beruk, babun, cimpanzi bersidang di Parlimen

SELEPAS Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membeli lukisan beruk, babun, cimpanzi dan katak bersidang di Dewan Rakyat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi pula menyatakan beliau mahu membeli lukisan tersebut.

Itu pun kata Puad, kalau Sultan Selangor melelongnya suatu hari nanti.

“Jika lukisan itu milik saya, ia tidak akan dijual lagi. Saya akan hadiahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam,” katanya di Facebook.

Kelmarin, lukisan menggambarkan suasana dan tingkah laku Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat menarik perhatian warganet selepas Istana Selangor pada Selasa lalu memuat naik beberapa keping gambar karya yang dibeli baginda.

Sultan Selangor dilaporkan berhasrat melelong lukisan itu suatu hari nanti dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Selain mendapat pelbagai reaksi warganet di media sosial, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan pelukis itu sebagai melanggar etika serta adab berpandukan nilai dalam al-Quran dan Sunnah. – SM

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button