Sukan

Penganjuran Kayuhan Amal Mesra Sempena Sambutan 50 Tahun Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Kelab Berbasikal Bandaraya Kuala Lumpur dengan sokongan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan program kayuhan amal, sempena Sambutan 50 Tahun Wilayah Persekutuan, pada 20 Oktober ini.

Bekas Atlet Berbasikal Negara merangkap Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Nor Effandy Rosli menyatakan bahawa acara ini bertujuan untuk memberikan sumbangan amal kepada bekas atlet berbasikal kebangsaan terpilih yang pernah mengharumkan nama negara dan kini memerlukan bantuan.

Effandy turut berkata, “Aktiviti sukan dan riadah berbasikal semakin popular dan semakin mendapat tempat dari tahun ke tahun dikalangan penduduk Malaysia, khususnya di Bandar Kuala Lumpur, tidak kira tua atau muda dan melibatkan pelbagai bangsa. Untuk merealisasikan aktiviti ini di Kuala Lumpur, pihak penganjur ingin mencadangkan penganjuran program berbasikal yang berkonsepkan “Fun Ride Amal” bersempena 50 tahun Wilayah Persekutuan dengan tajuk kayuhan iaitu “Kayuhan Mesra Amal 50 Tahun Wilayah Persekutuan”.

Cadangan lokasi “Kayuhan Mesra Amal 50 Tahun Wilayah Persekutuan” ini akan disrasmikan oleh tetamu kehormat VVIP di Kuala Lumpur dengan jarak kayuhan 7km hingga 10km bersama cadangan tarikh adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Oktober 2024 Masa: 6.45 Pagi (Flag Off)

Tempat: Menara 1 DBKL, Jalan Raja Laut

Acara ini adalah satu simbolik keharmonian menerusi aktiviti riadah berbasikal berkonsepkan muhibah, penyatuan, dan kekeluargaan serta pasti mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan peserta dalam dan luar negara serta para ekspatriat di Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan 50 tahun penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sasaran penyertaan seramai 1000 orang peserta minima dan tetamu jemputan khas seperti Duta dan Diplomat asing dijemput untuk kayuh bersama.

Disamping itu juga sempena penganjuran ini di lokasi rasmi pelepasan dan tamat kayuhan ini akan dimeriahkan dengan penglibatan selebriti tempatan, tapak-tapak pameran dan jualan yang merangkumi kemudahan pemeriksaan kesihatan daripada klinik/hospital, penjualan aksesori basikal, khidmat pembaikkan basikal, klinik basikal selamat untuk pengajaran kepada kanak-kanak, gerai jualan, pameran daripada agensi penguatkuasaan seperti Polis dan AADK.

Sesi cabutan bertuah selepas tamat kayuhan melibatkan hadiah-hadiah seperti barangan elektrik, pakej percutian, barangan sukan dan lain-lain hadiah menarik.

Penyerahan sumbangan bersama tetamu VVIP Kehormat kepada beberapa rumah amal/kebajikan terpilih di Kuala Lumpur daripada Jawatankuasa penganjur “Kayuhan Amal Mesra 50 Tahun Wilayah Persekutuan”.

Acara ini akan menjadi sebahagian daripada acara ikonik sempena 50 Tahun Wilayah Persekutuan dan dimasukkan dalam kalendar acara rasmi 50 Tahun Wilayah Persekutuan. Bagi mempromosikan ulangtahun bersejarah penubuhan 50 Tahun Wilayah Persekutuan kepada pelancong luar negara khususnya dengan menjemput Duta, Diplomat, dan perwakilan asing untuk menyertai kayuhan bersama.

Diharap kayuhan amal mesra in i mendapat sokongan dan kerjasama daripada agensi-agensi, swasta dan korporat khususnya pihak/organisasi yang berkepentingan di Kuala Lumpur bagi menjayakan acara ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button