Nasionalpilihan

Penganjur Glam Bazar Ramadan Klebang nafi kenakan caj parkir

Penganjur Glam Bazar Ramadan Klebang, Melaka dekat sini menafikan pihaknya mengenakan caj parkir untuk motosikal dan kereta di sekitar kawasan tersebut.

Penganjurnya, Abdul Rashid Omar berkata, dakwaan seorang lelaki yang tular di media sosial sejak kelmarin bahawa pihaknya mengenakan caj parkir motosikal sebanyak RM2 adalah tidak berasas.

Abdul Rashid Omar.

Menurutnya, pihaknya sama sekali tidak terlibat dengan individu atau
pihak yang menggunakan nama Glam di atas tiket parkir yang dikenakan terhadap pengunjung bazar.

Beliau berkata, lelaki berkenaan mungkin meletakkan motosikalnya di
kawasan parkir tanah milik Melaka Corporation (MCORP) yang disewa oleh sebuah syarikat swasta berhampiran lampu isyarat laluan Klebang pantai.

Katanya, dia diberitahu kawasan parkir itu yang terletak berhampiran
Glam Bazar Ramadan Klebang telah diwartakan sebagai tempat parkir berbayar sejak tahun lalu.

“Parkir yang diviral oleh lelaki berkenaan sebenarnya tidak ada kena
mengena dengan pihak penganjur sebaliknya kawasan itu telah diwartakan sebagai tempat parkir berbayar.

“Sebagai penganjur kita tidak kenakan sebarang caj untuk pengguna
motosikal dan kereta meletakkan kenderaan mereka di mana-mana kawasan berhampiran.

“Malah kita buka parkir baharu di kawasan padang setelah mendapat
kebenaran daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tetapi kita tak kenakan sebarang caj,” ujarnya ketika ditemui di sini malam tadi.

Abdul Rashid berkata, orang ramai salah anggap apabila lelaki berkenaan memviralkan kadar parkir kereta sebanyak RM5 serta menyalahkan pihak penganjur.

Katanya, sejak tular perkara itu dia menerima cemuhan dan runggutan daripada pihak peniaga di Glam Bazar Ramadan Klebang. – SM

 

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button