Mahkamah

Penganggur perdaya RM20,000 bagi pelaburan emas tidak wujud didenda RM3,000

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua bulan terhadap seorang penganggur kerana memperdayakan seorang lelaki untuk menyerahkan wang RM20,000 bagi pelaburan emas 21st Revenue yang tidak wujud.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Adi Hasarli Ariffin, 35, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan curangnya telah memperdayakan Abd Aziz Abdullah sehingga mendorongnya menyerahkan RM20,000 bagi wang pelaburan itu.

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan tersebut  di sebuah cafe di Sentul pada November 2015, didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dijatuhi hukuman ringan atas alasan, dia menyara seorang anak dan isterinya kini sedang hamil. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button