Politik

Penerbit filem cabar Syed Saddiq

GEORGE TOWN, 26 Jan — Penerbit filem yang juga ahli perniagaan Razalif Mohd Zain hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu nanti.

Razalif,30, yang kini merupakan Ketua Cawangan Armada Seaview Park berkata beliau berhasrat untuk bertanding jawatan itu bagi memperbaharui lagi barisan Armada.

“Salah satu sebab saya hendak bertanding jawatan Ketua Armada Nasional adalah kerana kita mengamalkan prinsip demokrasi dan saya juga ingin memperjuangkan nasib dan masa depan Armada,” katanya kepada pemberita selepas menghantar borang pencalonan pemilihan parti itu di sini hari ini.

Razalif yang turut bertanding bagi jawatan Ketua Armada Bahagian Bukit Bendera berkata beliau akan memperjuangkan lima teras iaitu agama bangsa dan negara ,Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara, kebajikan Armada serta ekonomi Armada, anak muda masa depan negara dan nakhoda bangsa.

Sebelum ini Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu nanti.


Syed Saadiq yang juga Menteri Belia dan Sukan adalah Ahli Parlimen Muar Johor.

— BERNAMA

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button