Nasional

Penduduk jumpa mayat bayi perempuan dalam tong sampah

MAYAT bayi perempuan yang dibalut dengan sehelai kain ditemui dalam longgokan sampah di Kawasan Flat B4 Taman Bagan di Butterworth.

Mayat bayi yang cukup sifat itu dijumpai oleh seorang penduduk bersama dengan dua orang lelaki warganegara Myanmar yang pada ketika itu sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan itu.

Polis terus bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan berkenaan kejadian itu dan mendapati bahawa bayi perempuan itu dipercayai baru sahaja dilahirkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor mengesahkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan berdasarkan penemuan mayat bayi perempuan tersebut.

Siasatan dilakukan bagi mengesan ibu atau pihak yang bertindak membuang mayat bayi tersebut.

“Polis akan turut dibantu oleh penduduk setempat untuk mecari penduduk sekeliling yang sedang berpantang selepas bersalin atau penduduk yang telah diketahui hamil,” katanya.

Mayat bagi perempuan itu ditemui pagi tadi pada pukul 9.35 pagi tadi. – SM

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button