NasionalNegeri

Penduduk Chuping bertuah berjalan kaki dengan dua anakanda Raja Muda

SUNGGUH bertuah penduduk yang tinggal di Felda Chuping, Padang Besar dan di sekitarnya.

Bukan sahaja dapat melihat lebih dekat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail malah juga dua anakanda Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Pastinya terpahat kenangan manis di hati mereka apabila Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan mengetuai acara “Walk For Life Keluarga Malaysia”.

Acara berjalan kaki beramai-ramai ini bermula dan berakhir di pekarangan Dewan Besar Felda Chuping.

Ia antara program sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Negeri Perlis pada 27 dan 28 Ogos 2022 dan juga sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-65 pada 31 Ogos ini.

Program ini anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Belia Negeri ini diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Negeri Perlis pada 27 dan 28 Ogos 2022 dan juga sempena Hari Kebangsaan Ke-65 pada 31 Ogos ini.

Aktiviti dimulakan dengan ‘Senamrobik Perdana’ serta pelepasan program kayuhan berbasikal yang disempurnakan oleh Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Para peserta yang mengambil bahagian juga turut singgah menyaksikan pelbagai aktiviti belia yang dianjurkan pada hari tersebut.

Antaranya termasuklah pertandingan tarik tali dan sebagainya sebelum berakhir di lokasi Pertandingan Gubahan Tuala dan juga Pertandingan Khat di Dewan JKKR Felda Chuping. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button