MahkamahNasional

Pendakwaan Long Tiger tangguh esok

MAHKAMAH Majistret Tangkak, Johor menangguhkan prosiding pendakwaan Long Tiger atau nama sebenarnya, Abd Hamim Ab Hamid yang sepatutnya dijalankan hari ini kepada esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Tangkak, Mohd. Fadhil Minhat tentang penangguhan prosiding Long Tiger selepas dia meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada pertengahan bulan lepas (15 Disember 2021).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd Fadhil Minhat.

“Polis dimaklumkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk melakukan prosiding pendakwaan pada hari esok,” katanya ringkas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain sebelum ini dipetik sebagai berkata, Abd Hamim akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

“Long Tiger dijangka didakwa 19 Januari ini di Tangkak selepas perintah tahanan remannya berakhir,” kata Razarudin.

Pada 6 Januari lalu, Abd Hamim, 33, atau Long Tiger, dilaporkan masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula 5 Januari sehingga semalam.

Long Tiger dilaporkan meloloskan diri dari lokap mahkamah terbabit dan dipercayai dalam perjalanan untuk menyelinap keluar ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, pada 28 Disembern lalu.

Long Tiger lolos melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Muar. – SUMBER HARIAN METRO – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button