Pencuri motosikal tak sedar diintip polis
SEORANG suspek yang disyaki terlibat aktiviti jenayah tidak sedar yang dirinya sedang diintip sebelum ditangkap.
Difahamkan, polis ebelum itu telah membuat pemerhatian terhadap sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Tidak lama selepas itu, seorang suspek lelaki dalam keadaan mencurigakan telah menghidupkan enjin motosikal tersebut.
Polis kemdian telah membuat tangkapan ke atas suspek dan berdasarkan semakan, motosikal itu dilaporkan hilang di kawasan Pandan Indah pada 18 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek tersebut berusia 40 tahun dan tidak bekerja.
“Suspek itu mempunyai 24 rekod jenayah lampau antaranya curi kenderaan, pecah rumah dan dadah.
“Soal siasat suspek membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek lelaki berusia 24 tahun yang uga merupakan rakan suspek,” katanya.
Ujarnya, suspek kedua juga mempunyai 24 rekod kes jenayah lampau antaranya melibatkan kes samun, curi dan dadah.
Jelasnya, pihaknya juga menemukan empat buat motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini.
“Modus operandi suspek adalah mencuri motosikal untuk kegunaan sendiri dan ada dijual untuk mendapatkan bekalan dada,” katanya.
Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan reman selaa empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan. -SM