fbpx
Nasional

Pengurusan kondo boleh arah penyewa lakukan ujian Covid-19

KERAJAAN tidak akan menghalang mana-mana pihak pengurusan kondominium atau apartment mengeluarkan arahan meminta penyewa melakukan ujian Covid-19.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, kerajaan membenarkan pihak pengurusan bangunan berbuat demikian bagi menjaga keselamatan penduduk yang lain.

“Untuk menjaga keselamatan penghuni mereka maka pihak pengurusan kondo atau apartment boleh membuat peraturan sebegitu. Kita tidak menghalang mereka

“Walaupun tidak ada satu polisi daripada pihak Majlis Keselamatan Negara yang mengatakan sesiapa sahaja yang ingin masuk ke dalam kondo atau kawasan perumahan mesti dibuat ujian calitan dahulu.

“Tetapi kita tidak menghalang pihak kondo atau kawasan perumahan bagi menjaga keselamatan penduduk di dalam kawasan mereka untuk mengeluarkan arahan seperti itu,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhar hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai tindakan bebeberapa pihak pengurusan kondominium yang mengarahkan penyewa khususnya warga asing untuk melakukan ujian calitan Covid-19.

Ujian calitan tersebut perlu dihantar kepada pihak pengurusan kediaman terbabit.

Jika penyewa berkenaan gagal berbuat demikian mereka tidak akan dibenarkan masuk ke dalam unit kediaman masing-masing.-SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button