Luar Negara

Penawar Covid-19: Jokowi arah keluarkan penawar chloroquine

Guna pokok cinchona yang diekstrak sebagai penawar

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bertindak pantas dengan memberi arahan, mengeluarkan chloroquine iaitu ubat anti-malaria yang diuji sebagai bentuk penawar COVID-19 atau perawatannya.

Menurut Jokowi, syarikat farmaseutikal milik kerajaan, PT Kimia Farma akan menghasilkan penawar Covid-19 yang diekstrak dari pokok cinchona yang biasa di dapati di negara republik itu.

Di Arizona, Amerika Syarikat, seorang lelaki maut menelan chloroquine phosphate kerana ia dipercayai dapat melindungi diri daripada dijangkiti wabak COVID-19.

Memetik laporan ASTRO Awani, Jokowi berkata, tidak ada ubat atau antivirus untuk COVID-19 tetapi pihaknya mengambil pengalaman dari negara-negara lain, chloroquine didapati dapat digunakan untuk membantu pesakit sembuh dari penyakit.

Jokowi berkata, penawar itu tidak boleh didapati di kedai ubat kerana ia hanya akan diberi selepas mendapat kelulusan doktor.

Jelas Jokowi lagi, kerajaan juga telah memperoleh 3 juta tablet chloroquine yang boleh didapati di hospital.

Chloroquine yang lazimnya digunakan untuk merawat malaria, disyorkan oleh China yang mendakwa, ia berkesan dalam memerangi penyakit ini.

BERITA BERKAITAN:

Ambil chloroquine konon cegah COVID-19, lelaki maut, isteri terselamat

AS pula dilaporkan sedang menguji chloroquine untuk menentukan sama ada ia sesuai untuk rawatan atau sebaliknya.

Penawar ini masih di bawah percubaan klinikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama-sama dengan ubat anti-flu favipiravir yang juga dikenali sebagai Avigan iaitu gabungan dua ubat HIV, lopinavir dan ritonavir dan penawar Ebola.

Dalam pada itu, professor farmakologi dan farmasi klinik di Universiti Padjadjaran, Indonesia, Keri Lestari berkata, Indonesia mengimport chloroquine sebagai bahan mentah untuk menghasilkan ubat anti-malaria tetapi tidak mustahil untuk menghasilkan semula penawar itu dengan semua bahan tempatan.

“Kita boleh menghasilkan penawar dari bahan yang sama yang dipanggil quinine sulfate.

“Namun lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai keberkesanannya,” katanya.

Keri berkata, kerajaan perlu memanfaatkan kemungkinan mengeluarkan penawar menggunakan bahan tempatan akibat kekurangan stok global.

“Kami mempunyai makmal di Universiti Padjadjaran, Universiti Airlangga dan Universiti IPB untuk menjalankan ujian yang diperlukan,” katanya.

Namun, seorang lelaki di Arizona meninggal dunia ekoran dia menelan chloroquine phosphate kerana ia dipercayai dapat melindungi diri daripada dijangkiti wabak COVID-19.- SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button