Luar Negara

Ambil chloroquine konon cegah COVID-19, lelaki maut, isteri terselamat

APABILA Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengemukakan beberapa manfaat ambil chloroquine dalam satu sidang akhbar, seorang lelaki di Arizona meninggal dunia.

Ini ekoran dia menelan chloroquine phosphate kerana ia dipercayai dapat melindungi diri daripada dijangkiti wabak COVID-19.

Walaupun masih tiada ubat yang disahkan mampu menjadi penawar atau pencegah wabak itu, terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa chloruquine boleh digunakan untuk tujuan terapi.

Isteri mangsa yang meninggal dunia itu turut ambil chloroquine. Dia kini menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Bahan toksik yang diambil oleh pasangan tersebut bukan merupakan ubat yang sering digunakan untuk merawat malaria.

Sebaliknya bahan yang diambil mereka adalah terkandung dalam rawatan parasite yang digunakan untuk ikan.

Dalam satu temubual bersama media tempatan, NBC News, isteri mangsa mendapat tahu tentang bahan itu apabila Presiden Trump telah mengemukakan beberapa manfaat mengambil chloroquine.

“Saya lihat (rawatan parasite ikan) terletak di rak dan terfikir, bukankah itu bahan yang disebut di televisyen,” kata isteri mangsa.

Justeru pasangan dalam lingkungan usia 60-an itu mencampurkan chloroquine bersama cecair lain untuk diminum, dengan harapan untuk mengelak daripada dijangkiti coronavirus.

Hanya dalam tempoh masa 20 minit, kedua-dua mereka mula merasa sakit dan pening.

“Saya mula muntah, suami pun mula mengalami masalah pernafasan,” kata isteri mangsa sambil mengakui, mereka takut sekiranya jatuh sakit.

Susulan itu, wanita tersebut menghubungi talian kecemasan dan sejurus tiba di hospital, suaminya meninggal dunia.

BERITA BERKAITAN:

COVID-19: Jokowi arah keluarkan penawar chloroquine

Sementara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bertindak pantas dengan memberi arahan, mengeluarkan chloroquine iaitu ubat ant-malaria yang diuji sebagai bentuk perawatan COVID-19.

Menurut Jokowi, syarikat farmaseutikal milik kerajaan, PT Kimia Farma akan menghasilkan penawar yang diekstrak dari pokok cinchona yang biasa di dapati di negara republik itu.

Jokowi berkata, tidak ada ubat atau antivirus untuk COVID-19 tetapi pihaknya mengambil pengalaman dari negara-negara lain, chloroquine didapati dapat digunakan untuk membantu pesakit sembuh dari penyakit. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button