Nasional

PENA sokong gesaan PM GLC, agensi kerajaan guna bahasa Melayu

Gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar semua agensi atau syarikat milik kerajaan (GLC) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan rasmitidak seharusnya dipandang ringan oleh semua pihak.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menyokong penuh gesaan tersebut, malahan menuntut agar penguatkuasaan dilakukan terhadap semua pihak tanpakompromi, terutama dalam urusan rasmi.

Menurut Presiden PENA, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad bukan sahaja syarikat milik kerajaan, malahan agensikerajaan, termasuk institusi pengajian tinggi awam pun mestimenggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan semuamesyuarat dalaman.

Kini pengabaian terhadap bahasa Melayu oleh pihak-pihakberkenaan sudah berleluasa, seolah-olah bahasa Melayu tidakada nilainya lagi sedangkan pekeliling kerajaan sediamenyatakan kewajipan tersebut.

Oleh itu, PENA menggesa Ketua Setiausaha Negara mengulangi arahan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayumelalui surat pekeliling rasmi.

Audit Bahasa yang pernah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebelum ini tampak tidak berkesan keranatidak disusuli tindakan yang sewajarnya. Tiada pihak yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan hukuman terhadappihak yang mengabaikan arahan tersebut.

Sepatutnya hasil daripada pemantauan audit bahasa disusulitindakan agar usaha tersebut tidak berlalu sia-sia.

Di samping itu, PENA juga berharap agar usaha pemerkasaanbahasa Melayu di pentas antarabangsa dilakukan dengan lebihgiat.

Pengembangan dan pemantapan bahasa Melayu di luar negarajuga hendaklah dilaksanakan dengan lebih gigih oleh DBP yang berada di bawah Kementerian Pendidikan, KementerianLuar Negeri, dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budayamelalui pelbagai program yang dirancang secara bersama.

PENA juga berharap agar Kementerian Pengajian Tinggi menguatkuasakan pembelajaran bahasa Melayu kepadapelajar dan tenaga akademik asing di universiti awam, bukansekadar mewajibkan pengambilan kursus bahkan perlumemastikan mereka boleh menguasai bahasa Melayu.

Langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu mendapat nilaiekonominya apabila semua pihak mahu mempelajarinya dankemudian mereka menjadi duta bahasa Melayu apabilakembali ke negara masing-masing.

PENA berharap kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Yaakob bersikap serius terhadap perkara inimemandangkan bahasa Melayu yang sudah termaktubkedaulatannya dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan semakin merosot nilainya di mata rakyat negara ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button