Berita

[VIDEO] Peminta sedekah tahfiz gagap jawab solat asar dua rakaat

SEORANG pemuda peminta sumbangan orang ramai yang mendakwa dari sebuah pusat tahfiz di Utara Tanah Air akhirnya menangis menyatakan kebenaran.

Hal berkenaan berlaku apabila lelaki berkenaan disergah seorang penduduk tempatan ketika melakukan operasi meminta sumbangan orang ramai dekat sebuah taman perumahan yang tidak diketahui.

Sambil merakamkan video, lelaki berkenaan mengaku beragama Islam lengkap berkopiah dan memegang fail didapati memaparkan identiti pusat tahfiz palsu itu disoal siasat.

Dalam video pertama berdurasi satu minit 30 saat itu, lelaki tersebut ditanya beberapa soalan mengenai solat dan di mana lokasi dia menunaikannya.

Bagaimanapun, lelaki itu menjawab dia bersolat dekat sebuah surau yang tidak jelas dikatakan, namun gagal menjawab soalan berkaitan rakaat dalam solat.

“Sembahyang Asar berapa rakaat? Hah Sembahyang Asar dua rakaat? Tiga rakaat? Sembahyang Asar tiga rakaat? Kau cakap betul-betul,” soal penduduk tempatan itu.

Selepas diasak beberapa soalan dan gagal menjawab, lelaki berkenaan kemudian akhirnya menangis dan dalam video berasingan dia mengaku bahawa pusat tahfiz yang kononnya mahu dibantu adalah tidak wujud.

(Lelaki): Saya berjanji tipu, tak buat lagi macam ini.

(Penduduk tempatan): Kau tipu apa

L: Tipu minta derma pakai nama tahfiz

PT: Ini tahfiz ke bukan? Bukan tahfiz?

PT: Kau cakap tadi tahfiz, tahfiz mana?

L: Pulau Besar, Sugai Petani.

PT: Anak-anak yatim kau cakap. Sebenarnya tak wujud

L: Tak wujud.

PT: Oh, kau tipu je lah. Sebab apa kau mengaku sekarang? Takut?

Vdeo berkenaan tular selepas dimuat naik dalam media sosial dan mendapat lebih 600 reaksi, 980 komen dan 2,000 perkongsian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button