Uncategorized

Padah menanti sebar gambar sulit bekas kekasih

HARI ini kecoh di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang bertindak kurang bijak dengan mendedahkan gambar sulit yang dipercayai bekas teman wanitanya.

Malah lelaki berkenaan bertindak melapaui batas apabila turut mengganggu ibu dan bapa wanita itu selain menyebarkan gambar sulitnya di profil media sosial tempat kerja bapa kepada bekas teman wanitanya itu.

Berdasarkan satu laporan polis yang telah dibuat oleh wanita berkenaan teman lelakinya itu turut menggangu kawan-kawannya di kolej dengan mewujudkan satu kumpulan whatsapp yang menggunakan gambar sulit wanita berkenaan sebagai profil.

Berdasarkan laporan polis berkenaan adalah jelas tindakan lelaki itu bertujuan mahu memalukan serta menjatuhkan maruah wanita berkenaan mungkin bertujuan untuk membalas dendam.

Entah di mana silapnya tindakan lelaki yang masih muda ini dilihat benar-benar melampau dan mampu merosakkan masa depannya sendiri.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku sehingga membabitkan penghantaran gambar tak sepatutnya di media sosial tempat kerja bapanya serta mengganggu mereka.

Mungkin ada perselisihan faham tetapi janganlah sampai bertindak yang tidak sepatutnya sehingga akal langsung tidak digunakan untuk membezakan yang mana baik dan buruk.

Diharapkan tindakan sepatutnya dikenakan ke atas lelaki berkenaan yang langsung tidak mengendahkan perasaan keluarga wanita berkenaan dengan menyebarkannya gambar tidak sepatutnya kepada mereka.

Diharapkan peristiwa ini menjadi iktibar kepada semua orang di luar sana terutama kepada anak muda bahawa media sosial ini banyak kebaikannya jika digunakan dengan betul.

Tetapi ia juga menyerlahkan kebodohan dan kedangkalan diri jika terlalu ikut hati dan perasaan tanpa memikirkan kesannya kepada diri dan orang lain. SM

(Visited 373 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button