Berita

Pemimpin harus mampu membimbing, melindungi pekerja – Titah Pemangku Raja Perlis

Seorang pemimpin seharusnya membimbing dan melindungi pekerja bawahannya serta bukan sahaja memberikan arahan malah mampu memberikan penyelesaian kepada masalah yang timbul bagi mengelakkan kesan-kesan negatif yang akan menyebabkan penurunan produktiviti pekerja.

Kepimpinan juga memberi kesan signifikan terhadap komitmen pekerja seperti petikan terkenal yang selalu didengari iaitu : “People don’t quit jobs, they quit bad leaders”.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPS Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Padang Melangit, Kangar baru-baru ini.

Kayuhan amal yang turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi serta Persekutuan negeri ini bertujuan untuk menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada para asnaf yang memerlukan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan sumbangan daripada MAIPs berupa wang tunai RM 700, Kits MAIPs Peduli dan juga beras Fidyah.

Penerima sumbangan pada edisi kali ini adalah Sudana Rabuna, 62 tahun dari, Mohd Shahril Azmi Abu Bakar, 37 tahun dan Saudah Jusoh, 85 tahun. Masing-masing merupakan penduduk dan menetap di Kampung Padang Melangit.

Baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke Inap Desa Bahagia, sebuah rumah inap yang dikelilingi oleh sungai, pokok harumanis dan pemandangan matahari terbenam yang menawan. Rumah ini mempunyai persekitaran dan suasana kampung terutamanya pada musim cuti sekolah. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Baginda bagi meninjau produk-produk pelancongan di negeri ini khususnya sempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

(Visited 9 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button