Pemimpin DAP bersolidariti dengan Guan Eng di mahkamah
PIMPINAN DAP dilihat memenuhi ruang legar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi menunjukkan solidariti kepada Setiausaha Agung parti itu yang akan didakwa pagi ini.
Tidak ketinggalan orang awam yang juga hadir bagi memberi sokongan kepada Lim Guan Eng yang akan tiba di mahkamah selepas bermalam di dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malam tadi.
Mereka dilihat berkumpul sejak pukul 8.30 pagi.
Antara pemimpin yang hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy; bekas Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.
Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SRPM hari ini.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada pukul 9 pagi 10 Ogos ini atas kesalahan mengikut Sekyen 23 Akta SPRM.
Setiausaha Agung DAP itu juga kemudian akan didakwa di mahkamah yang sama pada jam 9 pagi keesokan harinya (11 Ogos) atas kesalahan mengikut Seksyen 23 akta sama.-SM