Nasional

69 tan haiwan korban Aidiladha dilaksanakan di Perlis tahun ini

Sebanyak 1,614 haiwan korban dengan berat sebanyak 69 tan melibatkan 1140 ekor lembu dan kerbau (62 tan) serta 474 ekor kambing dan biri-biri (7 tan) telah dilaksanakan di Perlis sepanjang tempoh perayaan Aidiladha baru-baru ini.

Demikian taklimat yang dipersembah maklumkan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPV) Negeri Perlis, Dr. Zulkifli Ahmad dan timbalan beliau, Dr. Adil Ibrahim ketika menerima keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Kompleks Abatoir Jejawi JPV Negeri Perlis pada selasa petang.

Keberangkatan baginda turut diiringi sama Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Mutalib dan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari a/l Kiew.

Kompleks penyembelihan berkenaan yang merupakan satu-satunya milik kerajaan di negeri ini telah diwujudkan sejak tahun 1990 dan merupakan pusat abatoir ruminan kategori 4 dengan kapasiti maksimum 20 ekor sembelihan pada setiap hari. Sebuah lagi yang beroperasi di Perlis ialah milik swasta yang terletak di Kg Ngulang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut dibawa melawat menyaksikan sendiri segala kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di kompleks berkenaan.

Menurut Zulkifli, selain memberikan perkhidmatan sembelihan komprehensif dengan kemudahan yang moden, pusat berkenaan turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan daging sebelum dibenarkan dan diluluskan untuk jualan kepada orangramai di pasar-pasar awam seluruh Perlis.

Untuk rekod, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), telah mengeluarkan kebenaran pelaksanaan ibadah korban dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuatkuasa baru-baru ini.

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button