Politik

Pemecatan lima serangkai termasuk Dr. Mahathir tidak sah – Peguam

PEGUAM, Haniff Khatri Abdulla berkata, pemecatan lima pemimpin Bersatu adalah tidak sah dari segi perlembagaan parti.

Haniff Khatri berkata, surat pemecatan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dr. Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah tidak sah.

Ini adalah kata beliau, ia dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahtya yang tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Bahkan, kata beliau, jawatan itu tidak diiktiraf sama sekali oleh perlembagaan parti.

Selain itu, kata Haniff Khatri, Muhamad Suhaimi gagal atau enggan menyatakan secara jelas menyatakan surat ditandatangani beliau atas arahan siapa yang mempunyai kuasa mengeluarkan arahan itu.

Related Articles

“Walau apa pun, Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Bersatu tidak boleh digunapakai secara “automatik” seperti yang dilakukan secara salah oleh Kapten Muhammad Suhaimi Bin Yahya (Bersara) sebagai Setiausaha Kerja Parti Bersatu itu.

“Seperti yang dinyatakan di Perenggan 3 di atas, alasan-alasan lengkap yang menjadikan kandungan surat “pemberhentian” ahli bertarikh 28.05.2020 itu menjadi tidak sah dan tidak terpakai di sisi fakta dan undang-undang akan diutarakan pada masa yang perlu kelak,” katanya.

Selain daripada itu, kata beliau, perbincangan sedang dilakukan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button