Politik

Tun M, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee, Amiruddin Hamzah dipecat dari Bersatu

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhirz dipecat dari parti Bersatu.

Turut dipecat adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik; Ahli Parlimen Muar,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman;  Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Amiruddin Hamzah.-SM

Menurut Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahaya keahlian mereka dalam parti itu tergugur selepas membuat pemakluman kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka tidak mahu duduk di blok kerajaan semasa sesi Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020, YB telag duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu. Sebaliknya YB berada du blok pembangkang.

“Maka dengan ini dimaklumkan bahawa menurut Fasa 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu kedudukan YB dalam Bersatu adalah terhenti serta-merta,” kata Muhammad Suhaimi dalam surat kepada mereka.

 

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button