Nasional

Pembudayaan norma baharu LPPKN

PENULARAN wabak COVID-19 pada suku pertama tahun ini, telah memberi impak bukan sahaja terhadap sektor ekonomi negara malah ia turut memberi perubahan besar kepada keseluruhan kehidupan rakyat Malaysia termasuk penerimaan norma baharu dalam semua aktiviti seharian.
Justeru itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui Bahagian Khidmat Pengurusan turut mengambil langkah proaktif dalam menyokong Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan melancarkan kempen Pembudayaan Norma Baharu Pasca Covid-19 sempena Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan LPPKN 2020, baru-baru ini.

BACA: LPPKN: 54 tahun terajui pembangunan keluarga

Bertemakan #keluargacegahcovid19, majlis ringkas telah dirasmikan oleh Abdul Shukur Bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan disertai semua barisan pengurusan dan warga LPPKN. Pematuhan kepada prosedur operasi standard masih dikekalkan sepanjang majlis berlangsung.
Antara objektif kempen adalah meningkatkan kesedaran kawalan kendiri warga LPPKN ketika berada di tempat kerja serta bagi membendung penularan wabak ini. Ia juga dilihat sebagai garis panduan baharu kepada semua klien dan pengunjung ke bangunan LPPKN ini.
Edaran pelitup muka kepada warga kerja LPPKN turut diadakan dan majlis berakhir dengan sesi lawatan ke galeri yang disediakan di ruang lobi bangunan LPPKN. Pameran dan paparan video mengenai kempen ini akan berlangsung selama sebulan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button