Ekonomi

Lazada Malaysia bawa penternak udang ke dalam talian

Jualan pertengahan tahun 7.7 Lazada

PLATFORM e-Dagang terkemuka, Lazada Malaysia meningkatkan usahanya menerusi Inisiatif Penternak Udang bagi membantu memulihkan semula industri asas tani dengan membawa penternak udang tempatan ke dalam talian untuk Jualan Pertengahan Tahun 7.7 Lazada.

Lazada dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, buat pertama kalinya, udang tempatan dari Selangor akan ditampilkan secara khusus dalam satu sesi penstriman langsung pada tengah malam esok, 7 Julai, menawarkan hasil udang-udang segar dari laut.

Udang Harimau Dilelong RM35 Sekilo - Semasa | mStar

 

Semasa Jualan Pertengahan Tahun 7.7 Lazada, udang segar berkenaan akan dijual pada harga RM56 sekotak.

Dan pelanggan yang membeli lima kotak akan menikmati diskaun 30% manakala 800 pelanggan pertama juga, akan mendapat tawaran eksklusif RM28 sekotak (diskaun 50%) bagi masa terhad dengan pembelian lapan kotak semasa jualan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif  Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, Covid-19 telah mengakibatkan gangguan berpanjangan terhadap ekonomi tempatan.

Justeru platform e-dagang telah menyaksikan kesukaran yang dihadapi oleh peniaga kecil dalam industri pertanian, katanya.

“Kita sentiasa berusaha membantu dengan membawa mereka, peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan kecil, ke dalam talian dan komited untuk mempromosikan perniagaan kecil pertanian tempatan seperti penternak udang.

“Lazada menawarkan saluran yang cekap dan pantas untuk para penternak menjual hasil tangkapan dan keluaran mereka terus kepada para pengguna dan pada masa sama pengguna boleh membeli pada harga yang kompetitif,” ujar beliau.

Selepas mendapat tahu bahawa penternak udang menghadapi masalah untuk menjual hasil mereka, Lazada telah menghubungi EARWYNN Prawn.

EARWYNN Prawn ialah pengedar udang tempatan yang berurus niaga terus dengan penternak udang tempatan bagi membawa udang Harimau Hitam berkualiti eksport, tanpa antibiotik dan diperakui oleh Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MYGAP) ke dalam platform e-Dagang.

“Kami berdepan dengan masalah bekalan udang berlebihan akibat pandemik global Covid-19 dan ia merugikan para penternak jika hasil udang mereka terpaksa dibuang begitu sahaja.

“Mujurlah dengan adanya inisiatif baharu Lazada ini, kami dapat menawarkan udang berkualiti eksport kepada lebih ramai pelanggan dengan menggunakan khidmat penghantaran Goget.my,” kata Erik Ong dari EARWYNN Prawn.

Langkah pantas untuk membawa penternak udang ini dapat dijayakan dengan kerjasama Goget yang menyediakan penyelesaian penghantaran dan memanfaatkan usaha secara kolektif  dalam mewujudkan komuniti “Kita Tolong Kita” serta kepakarannya dalam bidang teknologi dan logistik.

Lazada berkata, ia berazam untuk meneruskan momentum digital ini bagi menyokong para peniaga tani. – SM 

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button