Pembatalan perintah tahanan tidak guna nama Muhyiddin sebenar?
Peguam, Haniff Khatri Abdullah berkata, undang-undang jenayah tahanan tanpa bicara perlukan pematuhan tegas kepada setiap keperluan prosedur dipatuhi oleh pihak penguatkuasa sampaikan titik (.) ataupun koma (,) yang diperlukan pada mana-mana dokumen pun harus diikuti dengan ketat, supaya Perintah Tahanan seperti itu tidak tercabar.
Oleh itu, kata beliau, mana-mana individu yang diberi kuasa di bawah mana-mana peruntukan Undang-undang Tahanan berkenaan, harus keluarkan Perintah berkenaan dengan penggunaan nama, butiran dan pangkat yang dikenali di sisi undang-undang, yakni nama, butiran dan pangkat yang digazet menurut peruntukan undang-undang yang berkaitan.
Hatta, kata beliau, nama mana-mana Menteri atau Pegawai yang digazet adalah nama yang sah di sisi undang-undang atau yang dikenali di sisi undang-undang untuk digunakapakai bagi tujuan Perintah Tahanan ataupun dokumen berkaitan, sekiranya tidak, kegagalan itu sendiri boleh akibatkan Perintah ataupun dokumen berkenaan menjadi tidah sah bila ianya dicabar di medan mahkamah.
Oleh kerana itulah, ujar beliau, dalam kes yang dilaporkan MALAYSIAKINI itu, Perintah yang ditandatangani Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa penggunaan nama sebenar yang digazet di bawah peruntukan perundangan berkaitan, menjadikan Perintah berkenaan itu diisytihar mahkamah sebagai tidak sah dan terbatal.
Namun, kata Haniff, ini tidak bermakna kesemua urusan rasmi TS MUHYIDDIN YASSIN, samada semasa berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama Kerajaan BARISAN NASIONAL, ataupun semasa berjawatan Menteri Dalam Negeri bersama Kerajaan PAKATAN HARAPAN, ataupun semasa berjawatan sebagai Perdana Menteri bersama Kerajaan PERIKATAN NASIONAL dengan menggunakan nama yang selain dari yang digazet akan menjadi tidak sah juga, kerana ianya tertakluk kepada jenis dokumen, jenis subjek perkara dan jenis peruntukan perundangan yang berkaitan.
“Dalam sistem perundangan, apa yang berlaku ini bukannya satu perkara yang pelik, tetapi sememangnya ianya satu perkara yang memalukan kerana diakibatkan kecuaian pihak ataupun pegawai yang melaksanakan tugas ini yang sepatutnya perlu tahu dan perlu peka kepada kesemua perkara prosedur yang berkaitan., supaya bukan sahaja Menteri atau Pegawai berkenaan tidak menanggung malu, tetap yang lebih penting PERINTAH yang penting seperti PERINTAH TAHANAN itu tidak menjadi SIA-SIA begitu sahaja,” kata beliau.