JenayahNasional

Pembantu jurulatih selam skuba di Semporna cabul pelancong direman

POLIS menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang juga pembantu jurulatih selam skuba di Semporna, Sabah pada Sabtu lalu kerana disyaki mencabul seorang pelancong ketika melakukan aktiviti menyelam.

Pemangku Ketua Polis Semporna, Arif Abdul Razak berkata, suspek ditahan di sebuah penginapan atas air selepas mangsa membuat laporan pada pukul 10.03 pagi, Sabtu.

GAMBAR HIASAN – FACEBOOK – Jangan berperangai tidak senonoh dan menakutkan pelancong luar datang ke negara kita.

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa berumur 25 tahun itu, kejadian berlaku pada Jumaat kira-kira pukul 1.00 tengahari.

“Mangsa mendakwa telah dicium pembantu jurulatih selam skuba (Divemaster) ketika melakukan aktiviti selaman skuba di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di sini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Arif berkata, sebaik laporan dibuat mangsa kemudiannya bergerak ke Lapangan Terbang Tawau sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung penerbangan balik ke negara asal.

Beliau berkata, suspek yang bekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba itu ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Mei ini untuk siasatan lanjut.

TANGKAP layar dari Facebook insiden pelancong ketika melakukan aktiviti selam skuba dicabul pembantu jurulatih di Semporna, Sabah, Jumaat lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial Facebook dengan perkongsian beberapa keping gambar termasuk gambar mangsa dicium ketika melakukan aktiviti selam skuba selain tangkap layar perbualan suspek dengan mangsa serta laporan polis. – SM

BACA Bot skuba terbakar: 7 termasuk pekerja PTI terselamat, alami cedera

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button